Followers

Monday, July 9, 2012

Kenduri Aqiqah


8hb. Julai 2012 (Ahad)

Kenduri Aqiqah dimulakan dengan bacaan doa dari Imam masjid At-Taqwa. Jemputan meliputi warga TDBi selain dari keluarga dan rakan-rakan.







Menu utama: Kari kambing, ayam masak merah, jelatah, ikan bawal asam pedas, pencuci mulut (agar-agar santan, puding jagung dan tembikai)


Jeli kelapa dari en. Shahril


Ulam-ulaman, ikan masin dan sambal belacan dari en. Bob

Kek coklat dibuat oleh kak Aza

Senyum walaupun penat

 
Antara tetamu terakhir

Sebahagian peralatan yang telah dikemas dan dibasuh

Gambar semasa tiada kerana photographer sibuk dengan tetamu yang hadir.


Nota kaki: Tuan rumah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang banyak membantu dalam menjayakan kenduri Aqiqah ini. Tuan rumah juga memohon maaf sekiranya ada yang terkurang sebelum, semasa dan selepas kenduri tersebut.



Sehari Sebelum Kenduri Aqiqah


7hb. Julai 2012 (Sabtu)

Sesi merewang bermula selepas Asar sehingga ke tengah malam..


Daging Kambing


Haruslah bergambar dulu

 
Antara peralatan yang digunakan untuk memotong daging

 



 
Lain dari yang lain

Antara menu untuk sesi merewang






Sebahagian dari jiran-jiran yang datang membantu

 




Sebahagian dari ikan bawal pemberian jiran



Nota kaki: Gambar masak-memasak di sebelah malam tiada kerana photographer sibuk dengan family yang datang.


Sunday, July 1, 2012

Program mengumpulkan Dana menjual Barangan Terpakai


Bertempat di court Badminton TDBi, telah diadakan program mengumpul dan menjual barangan terpakai untuk disalurkan ke dalam tabung TDBi.

Program ini bermula seawal 10 pagi dan berakhir 2 jam kemudian.


Sebahagian dari warga TDBi yang turut serta dalam program ini.




 

 

 

 

 


 

 

 

 

 



Nota kaki: Program ini akan berterusan dan warga TDBi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sokongan dari warga TDBi amatlah dihargai dalam menjayakan program ini.

Rujukan: TDBi/Program/Pdk003/06/2012



Sunday, June 24, 2012

Berkampung di rumah 23/1E

 
Sempena Kenduri Aqiqah anak pada 8hb. Julai nanti, beberapa dari warga TDBi telah dijemput untuk sesi berkampung bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perjalanan kenduri tu nanti.
 
 
Nota: Terima kasih pada semua yang hadir.