Followers

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga TDBi.

Moga gembira dan ceria dalam sambutan raya Tahun ini dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 Tahun.

Moga selamat pergi dan kembali bagi mereka yang pulang ke kampung.



Nota Kaki: Sunyi je TDBi bila dah ramai yang pulang ke kampung.

Sunday, August 28, 2011

Gotong-royong bakar lemang



Sesi dimulakan selepas pukul 2pm.
Buluh telahpun dicari terlebih dahulu sehari sebelum dan hasilnya lebih 80 batang dapat dihasilkan untuk dibakar yang turut dikongsi bersama dengan 12 orang.



Lupa nak ambil gambar bahan-bahan awal sebelum lemang dibakar.










Nota Kaki: Tinggal sehari lagi sebelum raya.

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran


Hari ni cuti sempena menyambut Nuzul Quran dan selamat berpuasa kepada warga TDBi.

Pejam celik, pejam celik dah 17 hari kita berpuasa. Moga Ramadhan kali membawa kegembiraan pada kita semua.

Apa persiapan korang semua dalam menyambut Syawal kali ni. Walaupun masih ada tak sampai 2 minggu dari sekarang tapi mesti dah ada yang buat persediaan awal agar tak kelam-kabut nanti.


Nota Kaki: Untuk para suami - bersedia untuk melayan kerenah isteri dan anak-anak menjelang raya nanti.

Tuesday, August 16, 2011

Kemalangan di Jalan Masuk TDBi


15 Ogos 2011 (Isnin)

Satu kemalangan telah berlaku di jalan masuk ke TDBi melibatkan lori treler dan sebuah MyVi hitam yang dipandu oleh seorang wanita India dan pemandu lori tersebut dipercayai sepupu pada salah seorang warga TDBi..

Kemalangan dipercayai berpunca dari pemandu MyVi tersebut yang sama ada mengantuk atau silau pada cahaya matahari sehingga memakan jalan dan terus melanggar lori treler dari arah bertentangan. Manakala pemandu lori treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu wanita tersebut didapati agak parah dan seorang lelaki yang bersama beliau tidak mahu menunggu ambulans maka mereka menguruskan sendiri wanita tersebut dengan membawanya ke hospital.

Sesi menyelamat kepala lori treler menggunakan trak penunda berakhir lebih kurang pukul 8.30 malam.

Sekian siaran tertunda.


Nota Kaki: Nasib baik masih ada ruang untuk kereta masuk ke TDBi.

Monday, August 15, 2011

Bubur Lambuk TDBi


13 Ogos 2011 (Sabtu)

Buat pertama kalinya, TDBi berhasrat membuat bubur lambuk.
Penyediaan bubur lambuk dijalankan secara gotong-royong di mana bubur lambuk ini akan diagihkan kepada Masjid At-Taqwa, Kapar dan juga kepada warga TDBi. Chef bagi bubur lambuk - Chef Mie.

Hujan yang mengiringi sebelah petang hingga waktu berbuka tidak melemahkan semangat mereka yang bertungkus-lumus menyediakan bubur lambuk tersebut.

Majlis berbuka turut diadakan di rumah En. Bob. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Sesi memasak bubur lambuk - waktu ni masih panas lagi.


Hasil yang telah siap dan bersedia untuk diagihkan - masa ni dah hujan lebat dah.


Menu pelengkap berbuka:
Soto, bihun goreng, kefci, nasi goreng, buah-buahan dan air selain bubur lambuk.



Antara yang hadir



Tuan rumah





Wednesday, August 10, 2011

Menu selepas berbuka puasa


Menu utama: Ikan Rohu


chef ikan



Bersedia untuk makan ikan yang pertama


anak k.Hema sedang beraksi depan hp 3310 aku



Nampak tak tu besar telurnya kan


Anak-anak yang riang gembira sambil menikmati hidangan ikan bakar.



Nota Kaki: Asyik makan ikan bakar je, lepas ni tukar pulak menu lain.






Monday, August 8, 2011

Berbuka puasa



(6 Ogos 2011 – Sabtu)

Di lorong 2 telah diadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh beberapa family..

Menu:
Rebung masak lemak cili api + daging bakar, kari ikan jenahak, sup ayam hutan, kangkung goreng, sambal ikan bilis, popia goreng, keyteow goreng, bubur lambuk, jeruk mangga, buah tembikai dan air




Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Kepuasan dan keseronokan jelas di wajah semua.. Terima kasih kepada yang turut serta dari awal hingga berakhirnya majlis ini.






Nota kaki: Walaupun agak lewat, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga TDBi dan yang membaca blog ini.

Monday, August 1, 2011

Ikan Bakar

Kalau malam semalam kenyang dengan lemang, malam tadi pulak kenyang makan ikan bakar yang disponsor oleh k.Hema (Lorong 2E).. Lorong 2E ni memang kerap menjamu selera..

Ni kira last minute punya projek.. 3 ekor ikan yang agak besar dibakar dan dinikmati oleh jiran terdekat.. Selain ikan bakar, turut disajikan nasi putih, nasi goreng cina, nugget bawang dan air kenalah ada kan..


(GAMBAR AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN)



Nota Kaki: Belum plan lagi nak buat projek apa hujung minggu ni..




UPDATE



Rambutan dari Beranang yang dibawa oleh atok..


Dah separuh baru teringat nak amik gambar


Seronoknya mereka.. ;)



Hasil selepas usaha menghabiskannya.