Followers

Monday, January 23, 2012

Makan Besar

Sejak malam Sabtu lagi sesi makan diadakan di Lorong 2. Gambar memang tak dapat nak diupload sebab tak ambil. Memang malam tu nak rileks bersama jiran-jiran yang ada tanpa dihadiri flash hp 3310-i ku..

Menu utama malam tu: Bihun sup.

Memasing setuju taknak makan menu yang berat-berat. Anak-anak pula tak kisah, asal dapat main kat luar rumah.

Sampai lewat malam barulah selesai sepenuhnya.


Itu kisah hari Sabtu, yang ni pula kisah hari Ahad.


Plan asalnya nak ke Sungai Congkak tapi memandangkan ada yang malas nak pergi, maka plan ditukarkan dengan makan tengahari.

Kebetulan hujan lebat dan berhenti sepenuhnya bila nak masuk tengahari. Ingatkan plan nak makan tengahari kat pondok depan rumah tak jadi tapi rupa-rupanya memasing tunggu lampu hijau dari aku.

Aku memang dah jangka, kalau dah start makan tengahari confirm akan berlanjutan sampai ke petang dan tak sangka ianya membawa ke malam.

Menu tengahari:
4 buah family masak lauk yang pelbagai dan dimakan oleh bersama anak-anak. Antaranya: kangkung ikan masin, nenas masak lemak, ayam goreng, telur goreng, ikan singgang, ikan goreng sambal, begedil, budu, ulam dan air oren serta sirap.

Gambar untuk set makan tengahari tiada.


Dah selesai makan dan kemas, berehat sambil borak dipondok. Ada yang request nak pencuci mulut pulak. Maka dibelikan tembikai dan cempedak.

Bila dah ada cempedak, secara tak langsungnya kena gorenglah. Taknak goreng kat dalam rumah, nak goreng di pondok juga. Akhirnya Kaklong angkut dapur dan peralatannya untuk memasak. Wah.. meriah sungguh.. Cempedak, begedil dan donut menghiasi menu di petang hari.

Antara gambar:




sesi menggoreng cempedak



proses membuat donut


besar punya


dan hasilnya





Untuk makan malam, menu dimasak oleh K.Yam: Key Tiow Goreng.. simple je sebab memasing dah kekenyangan.

Alhamdulillah selesai semuanya cuma sebelah malam tak berapa meriah sebab anak-anak dah tidur dulu. Penat bermain.



Nota kaki: kalau berterusan macam ni, ada harapan berat tak turun-turun.

Friday, January 6, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Kembali ke Sekolah bagi anak-anak warga TDBi..

Moga semuanya berjalan dengan lancar..

Monday, January 2, 2012

Majlis Aqiqah anak

Majlis Aqiqah anak kedua en. Boy (Lorong 3) telah selamat diadakan di rumah ayahanda en. Boy pada 01 Januari 2011.

Dari warga TDBi:
Terima kasih atas jemputan tersebut..