Followers

Sunday, February 13, 2011

Mesyuarat Tergempar

Mesyuarat diadakan lebih kurang pukul 8 malam tadi di gelanggang badminton TDBi. Dalam lingkungan 40 orang yang hadir bagi menyelesaikan beberapa masalah yang melanda yang mana kebanyakkan daripadanya lebih kepada urusan kawalan TDBi setiap malam.

Saturday, February 12, 2011

Pasukan Keselamatan TDBi

Sejak kejadian pecah rumah tempohari, warga TDBi bertanggungjawab bersama-sama membuat rondaan sehingga ke pagi. Penat memanglah penat tapi demi keselamatan TDBi, semua ahli berkorban menjaga keamanan.

Ketika ini pun, sekumpulan warga TDBi bersengkang mata diluar rumah berjaga malam... (termasuklah aku...? Sedang cuba meng update blog).


NOTA:
Terima kasih buat mereka yang terlibat diluar sana.

Thursday, January 27, 2011

entry pertama untuk Tahun 2011

Awal pagi tadi:

Satu kejadian pecah masuk rumah telah berlaku di Lorong 2 dan 3. Dalam kejadian tersebut, bebeapa buah rumah telah dijadikan sasaran melalui pintu belakang dengan memotong pagar gara-gara pagar berkunci, namun demikian pencuri tu berjaya masuk ke dalam 2 buah rumah - rumah Wahab dan Shahril.





INFO TERKINI:

Lorong 2 - Rumah En. Abdul Wahab.
Antara barang yang hilang merupakan Sony Bravia LCD 32, 2 hp, 1 bentuk cincin, jam tangan, duit, handbag dan dompet. Kebetulan rumah beliau dalam proses renovation bahagian dapur.


Lorong Dua - menghadap jalan besar.


Manakala di Lorong 3 - Rumah Shahril.
Antara barang yang hilang ialah duit, hp, kunci kereta & kunci rumah.

Lorong 3 - menghadap jalan belakang.



Dipendekkan cerita:

Pengerusi TDBi telah memohon warga TDBi membuat rondaan secara berkumpulan dari pukul 12 tengah malam sehinggal 6 pagi dalam usaha menangani isu yang sedang melanda.

Program rukun tetangga membasmi kecurian diwujudkan agar sama-sama memantau persekitaran TDBi supaya lebih selamat dan terjamin untuk keselesaan keluarga.

Sekian dilaporkan.

Tuesday, December 7, 2010

Kenduri Kahwin - Bagan Serai

Tempat: Parit Mentara, Bagai Serai, Perak
Tarikh: 04 Disember 2010


Layankan aje.


Homestay - untuk wakil-wakil TDBi (ada dalam 5 buah kereta), ok, besar juga suasana dalam rumah tu.


Pemandangan dari hadapan rumah.


Menuju ke rumah pengantin - Parit Mentara.


Hampir sampai ke rumah pengantin.


Set Pelamin.


Bilik tidur.



Sebahagian dari warga TDBi, ketika suami-suami TDBi berada di luar rumah menjamu selera, isteri-isteri berehat seketika di dalam rumah.

Monday, November 29, 2010

berkhatan

Semalam, En. Saad telah menjemput warga TDBi bagi memeriahkan majlis berkhatan anak beliau.