Followers

Monday, July 25, 2011

sambungan part 3 - malam (23 Julai 2011)


Acara kemuncak di sebelah malam.. Secret Recipe tak taja tapi beli kat sana untuk meraikan hari lahir mereka ini..



Mereka yang dah tak sabar bila nak makan kek..




Sesi potong kek disertai dengan lagu.. memang happening.. rasanya kalau tak mengenangkan kek yang sedap itu, mesti ramai yang bermandikan kek..


Agihan kek dimulakan..


Anaka-anak dara TDBi..



Sesi bergambar oleh anak-anak TDBi.. dah lewat malam sebenarnya masa ni tapi masing-masing masih cergas bergambar..


PakLeh dan anak-anak TDBi..


Dapat bunga 'polibeg' khas dari isteri tercinta..


Penutup Majlis.. selesai sudah..



Nota Kaki: Sebahagian lagi gambar akan diupload di dalam mukabuku tuan punya blog ini..

sambungan part 2 - siang (23 Julai 2011)


Birthday boy 'atuk dan cucu'..


Menu utama: ayam golek, kambing bakar lupa nak amik gambarnya..


Anaka-anak bujang TDBi


Masih ada masa sebelum majlis bermula..




Majlis Khatam Al-Quran dimulakan..



Sebahagian dari warga TDBi..

Sunday, July 24, 2011

Kenduri rumah En. Bob dan Kak Ina

23 Julai 2011 (Sabtu)

Majlis dimulakan dengan doa selamat di tengahari dan pada sebelah petang diadakan khatam Al-Quran bagi 10 orang anak jiran TDBi termasuk 2 orang anak tuan rumah.

Pada sebelah malam, acara menyambut tarikh kelahiran abg bob dan cucu saudara beliau, cik Lan yang mana tarikh lahir beliau jatuh pada hari yang sama.. Selamat Hari Lahir buat mereka berdua dan juga kepada PakLeh yang turut dilahirkan pada bulan ini.

Kegembiran turut diserikan dengan karaoke sejak dari tengahari sehinggalah lewat malam.. dan dimeriahkan dengan kambing bakar.

Akhirnya selepas perancangan yang rapi.. Alhamdulillah majlis yang dianjurkan oleh abg Bob dan K.Ina selamat dijalankan.


Pada akhir majlis tuan rumah memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis di adakan.


Nota kaki: gambar-gambar pada entry seterusnya..

Selamat Hari Lahir Kak Hema..

14 Julai 2011 (Khamis) - entry agak lewat)

‘Last minute’ plan..
Kak Hema menjemput jiran terdekat untuk makan-makan lepas maghrib.. Dan kebetulan jatuh pada hari Khamis, maka dibuat sekali dengan bacaan Yassin..




Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan ditambah surprise untuk beliau..

Moga beliau sihat dan ceria selalu hendakNYA..