Followers

Wednesday, August 10, 2011

Menu selepas berbuka puasa


Menu utama: Ikan Rohu


chef ikan



Bersedia untuk makan ikan yang pertama


anak k.Hema sedang beraksi depan hp 3310 aku



Nampak tak tu besar telurnya kan


Anak-anak yang riang gembira sambil menikmati hidangan ikan bakar.



Nota Kaki: Asyik makan ikan bakar je, lepas ni tukar pulak menu lain.






Monday, August 8, 2011

Berbuka puasa



(6 Ogos 2011 – Sabtu)

Di lorong 2 telah diadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh beberapa family..

Menu:
Rebung masak lemak cili api + daging bakar, kari ikan jenahak, sup ayam hutan, kangkung goreng, sambal ikan bilis, popia goreng, keyteow goreng, bubur lambuk, jeruk mangga, buah tembikai dan air




Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Kepuasan dan keseronokan jelas di wajah semua.. Terima kasih kepada yang turut serta dari awal hingga berakhirnya majlis ini.






Nota kaki: Walaupun agak lewat, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga TDBi dan yang membaca blog ini.

Monday, August 1, 2011

Ikan Bakar

Kalau malam semalam kenyang dengan lemang, malam tadi pulak kenyang makan ikan bakar yang disponsor oleh k.Hema (Lorong 2E).. Lorong 2E ni memang kerap menjamu selera..

Ni kira last minute punya projek.. 3 ekor ikan yang agak besar dibakar dan dinikmati oleh jiran terdekat.. Selain ikan bakar, turut disajikan nasi putih, nasi goreng cina, nugget bawang dan air kenalah ada kan..


(GAMBAR AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN)



Nota Kaki: Belum plan lagi nak buat projek apa hujung minggu ni..




UPDATE



Rambutan dari Beranang yang dibawa oleh atok..


Dah separuh baru teringat nak amik gambar


Seronoknya mereka.. ;)



Hasil selepas usaha menghabiskannya.

Sunday, July 31, 2011

Menyambut Ramadhan

Malam tadi sesi membakar lemang telah dibuat di Lorong 2E yang disponsor oleh En. Bob dan cucu beliau..

Tak lengkap lemang tanpa rendangnya.. Rendang ayam pencen dimasak oleh wife En. Bob.. Menu sampingan pula antaranya: Sambal ikan bilis terung pipit, nasi putih, mee goreng, pulut, keropok dan buah tembikai serta air sejuk dan panas.



Lemang yang dalam proses..



Anak-anak yang teruja..



Dalam menunggu lemang masak, En. Bob 'mengerjakan' rebung yang diambil semasa sesi pencarian buluh tadi.. Anaka-anak leka melihat..



psstt: Nanti dah boleh masak nak sikit ye.. ;)




Sabar dalam menanti lemang masak..





Lemang pertama yang masak.. atuk dan cucu..


dan seterus.. dan lagi.. dan lagi..



Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran jiran terdekat.

Nota Kaki: Ini baru menyambut Ramadhan, raya nanti..?

Monday, July 25, 2011

sambungan part 3 - malam (23 Julai 2011)


Acara kemuncak di sebelah malam.. Secret Recipe tak taja tapi beli kat sana untuk meraikan hari lahir mereka ini..



Mereka yang dah tak sabar bila nak makan kek..




Sesi potong kek disertai dengan lagu.. memang happening.. rasanya kalau tak mengenangkan kek yang sedap itu, mesti ramai yang bermandikan kek..


Agihan kek dimulakan..


Anaka-anak dara TDBi..



Sesi bergambar oleh anak-anak TDBi.. dah lewat malam sebenarnya masa ni tapi masing-masing masih cergas bergambar..


PakLeh dan anak-anak TDBi..


Dapat bunga 'polibeg' khas dari isteri tercinta..


Penutup Majlis.. selesai sudah..



Nota Kaki: Sebahagian lagi gambar akan diupload di dalam mukabuku tuan punya blog ini..