Pada cuti Hari Deepavali telah diadakan gotong-royong membersihkan longkang di sekeliling TDBi. Aktiviti yang agak lama tidak dibuat kini kembali lagi. Selain dari membersihkan TDBi, aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim.
Moga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Followers
Thursday, October 27, 2011
Sunday, September 4, 2011
6 Syawal (Ahad)
Hari ini merupakan hari terakhir bagi warga TDBi menyambut dengan ziarah-menziarahi jiran sekeliling. Esok dah start kerja, kalau nak jumpa pun kena tunggu hujung minggulah jawabnya.
Alhamdulillah dah semakin penuh kembali TDBi dengan kembalinya warga TDBi dari kampung halaman.
Kepada semua warga TDBi, moga Syawal kali ini mampu mengeratkan hubungan sesama kita dan selamat kembali bertugas.
Nota Kaki: Selepas seminggu bercuti mesti ada yang liat nak pergi sekolah mahupun kerja.
Wednesday, August 31, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga TDBi.
Moga gembira dan ceria dalam sambutan raya Tahun ini dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 Tahun.
Moga selamat pergi dan kembali bagi mereka yang pulang ke kampung.
Nota Kaki: Sunyi je TDBi bila dah ramai yang pulang ke kampung.
Sunday, August 28, 2011
Gotong-royong bakar lemang
Wednesday, August 17, 2011
Nuzul Quran
Hari ni cuti sempena menyambut Nuzul Quran dan selamat berpuasa kepada warga TDBi.
Pejam celik, pejam celik dah 17 hari kita berpuasa. Moga Ramadhan kali membawa kegembiraan pada kita semua.
Apa persiapan korang semua dalam menyambut Syawal kali ni. Walaupun masih ada tak sampai 2 minggu dari sekarang tapi mesti dah ada yang buat persediaan awal agar tak kelam-kabut nanti.
Nota Kaki: Untuk para suami - bersedia untuk melayan kerenah isteri dan anak-anak menjelang raya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)










