BAGAIMANA PENCURI MEMASUKI RUMAH ANDA?
- Membuka padlock @ grill menggunakan screwdriver @ benda tajamo Membuka grill tingkap menggunakan jack
- Memotong padlock menggunakan gergaji @ pemotong
- Memasuki rumah melalui bumbung @ ceiling
- Memasuki rumah melalui tingkap, pintu @ pagar yang terbuka
- Menggunakan duplicate @ master keys
- Menyamar sebagai orang yang boleh dipercayai seperti pegawai kerajaan @ jurujual
- Memperdaya pembantu rumah @ kanak-kanak.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGELAK KEMASUKAN PENCURI?
- Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan luar rumah
- Pasang rantai pada kunci utama
- Pasang kunci @ padlock yang lebih selamat
- Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah
- Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi
- Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah
- Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti suratkhabar dan sebagainya jika tiada orang di rumah untuk jangka masa yang lama
- Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah
- Pastikan pagar, pintu, tingkap dikunci sebelum tidur
- Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar
- Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam
- Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan, bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam cuba hidup dan matikan balik alarm kereta untuk menakutkan pencuri
- Pastikan kawasan depan dan belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi
- Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman @ benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda
- Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air atau bunyi benda jatuh
- Jangan buka pintu jika didatangai oleh orang yang tidak dikenali
- Maklumkan jiran @ balai polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang
APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?
- Tenang
- Turuti kehendak pencuri
- Hidupkan alat penggera @ butang alarm kereta tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat untuk berbuat demikian
- Jika diminta untuk menyerahkan barang2, lakukan satu-persatu bermula dengan barang2 yang kurang bernilai
- Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, jika selamat berbuat demikian
- Cuba kenalpasti tanda2 yang ada pada pencuri seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan
- Tinjau tempat2 untuk melarikan diri dengan selamat
- Cuba hampiri benda2 yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak
- Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri
- Buat laporan ke balai polis yang berhampiran
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?
- Kunci @ sorokkan semua pisau @ benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur
- Sekurang-kurangnya simpan benda2 seperti kayu hoki @ yang seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif
- Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu @ tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat
- Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing
- Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi @ pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda ataupun sambungan satu extension dalam bilik tidur anda. Ini bagi memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda
- Jangan biarkan anak2 tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan
- Kalau ada anak2 perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran
- Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor2 tersebut disimpan dalam handphone anda
- Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, AJK TDBi dan JKKK
- Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan ditempat anda bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jiran
Dikeluarkan oleh: Abdul Wahab Othman (Setiausaha TDBi)
Nota: Aku taip balik, masukkan dalam blog ni.
No comments:
Post a Comment